Daftar di Blogspot
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail ). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
2. Pergi ke laman web Blogspotdan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
3. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
4. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
5. Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
6. Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
7. Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
Di harapkan langkah-langkah yang diberikan dapat membantu anda membina dan mempunyai "blog" anda sendiri...assalamualaikum.



blog oraittt....tambah lagi,tambah lagi.....
ReplyDeletePecutan terakhir.Semoga berjaya
ReplyDeleteOk dah berjaya. Tahniah! Jom follow n komen blog saya pulak.http://ija66.blogspot.com/
ReplyDeleteakhirnya kita semua jadik jga seorang blogger...nasib cik Nan bagi tugasan ni...pengalaman yg cukup berharga....dalam sekelip mata boleh juga kita bina blog2 kita....Tahniah pada semua....
ReplyDeletecaya lah. pasni bole wat blog dgn mudah..
ReplyDelete